Mengenang 21 tahun tragedi 9/11, Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden memberi penghormatan kepada warga Amerika yang terkorban dan bertarung nyawa pada detik hitam negara Uncle Sam itu.<br /><br />Dalam upacara pada Ahad itu, Biden menyatakan bahawa walaupun selepas Amerika Syarikat meninggalkan Afghanistan, pentadbirannya terus memburu mereka yang mendalangi serangan berkenaan.
